SEJARAH SEKOLAH

*6 Mei 1968 - SKSB terdiri daripada 3 buah bangunan -9 bilik darjah, pejabat, kantin, tandas, 3 buah rumah guru serta padang.
*6 Mei 1968 - 31 Dis. 1983 - En Mohd Nadzir merupakan Guru Besar sekolah. Bilangan murid pada masa tersebut hanyalah 99 orang dan guru 3 orang. Pada tahun 1970, bilangan murid bertambah kepada 405 orang dan sekolah terbahagi kepada 2 sesi. 
*20 Mac 1984 - 1 Jan. 1987 - En. Mansur. telah mengganti En. Mohd. Nadzir sebagai Guru Besar.
*1 Jan.1987 - 25 Okt.1988 - En Alias telah menyandang sebagai Guru Besar sekolah. Pada 16 Nov. 1987, sekolah mendapat 4 orang PPP.Kt.C2 TBA iaitu En Arshad PK1, Pn Khairiah PK II, En Yaakob Nadir PK(KK) & Pn Maziah sbg Penyelia Ptg.
*16 Mei 1989 - 21 Jun 1998 - Guru Besar ialah En Kamaruddin. 
*21 Jun 1998 - 16 Mac 2000 - Guru Besar ialah Pn Hjh Ramlah. 
*16 Mac 2000 - 1 Okt. 2003 - Pn Fadzlah merupakan Guru Besar. Pada April 2002,1 blok bangunan 4 tingkat dibina yang menempatkan 8 bilik darjah, bilik muzik, bilik komputer, bilik kemahiran hidup, bilik guru, bilik kaunseling, bilik mesyuarat, bilik sains dan dewan terbuka. Makmal komputer turut didirikan dengan dibekalkan sebanyak 11 biji komputer. Pada awal 2003, kelas pra sekolah, Pra Wawasan, dibuka dgn bilangan murid 25 orang. 
*23 Okt. 2003a–asekaranga- Encik Abdul Zubiar b. Zainol telah menggantikan Pn. Fadzlah sebagai Guru Besar. Pada 2004, bilik J-Qaf dibuka, kelas pra sekolah turut ditambah, Pra Gemilang.Bilik akses diwujudkan pada 2008 dengan dibekalkan 10 komputer.